Assalamualaikum dan apa khabar semua rakyat 1 Malaysia.
Saya nak ucapkan selamat berkenalan kepada anda semua yang melawat blog saya dengan secara sengaja ataupun tidak, Whateverlah. Haha.
Baiklah, saya nak perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Anis. Lahir pada tahun 1997 dan tinggal di negeri yang tercinta iaitu Negeri Terengganu Darul Iman dan sudah semestinya di Malaysia. Hihi.
Tujuan saya buat blog ni sebab saya nak berkongsi pengalaman saya dalam bab-bab cinta ini (walaupun diri sendiri tak pernah bercinta). Walaupun saya tak pernah couple or apa-apa aje, tapi saya lebih pada melihat dan mengambil sikit pengalaman cinta itu daripada cinta zaman sekarang.
Cinta dalam blog saya ni bukan sekadar cinta yang biasa orang buat sekarang, tapi lebih pada cinta yang lebih diredhaiNYA iaitu cinta dalam hubungan yang halal. Kalau ada yang tersentap tu, jangan marah kerana saya hanya manusia or insan biasa dan lemah yang sekadar saling mengingati saudara seIslam.
Okaylah saya minta diri dulu. Kalau ada masa, saya buat satu entri khas untuk santapan anda semua. Satu yang saya ingin ingatkan, carilah cinta yang pasti...
1 comment:
Blog baru lu yerk.. cun la.. ihi..
blog ini nanti about cinta la yerk. hihi
Post a Comment