Saturday, 31 December 2011

Apa itu Couple?


Assalamualaikum dan apa khabar semua rakyat 1 Malaysia.

Saya ingin mengisahkan dan bercerita sikit demi sikit tentang couple. Apa itu couple? Couple dalam bahasa Melayunya ialah berpasangan. Apa itu berpasangan? Ia bermaksud setiap makhluk dan benda yang diciptakan untuk mempunyai seorang atau satu lagi yang menjadi peneman mereka. Contohnya sila lihat gambar di bawah ini :

1 . Girlfriend and Boyfriend


Ini pasangan untuk manusia yang digelar "bercinta sebelum berkahwin" atau dalam Bahasa Inggeris, "love before married". Mereka ni memang jenis yang suka berkepit tak kira masa dan tempat. Sayang GF/BF kata mereka. Ya lah, sebelum kahwin nak lah ada experience bagaimana rasa mencintai dan dicintai. Nanti bila dah kahwin , senang sikit nak handle macam mana nak menarik perhatian masing-masing. Mereka cuba mencari petua-petua untuk mencari pasangan yang romantik, jujur, ada rasa kasih dan baik. Bila dah putus, mulalah mengutuk sesama ex-GF/ex-BF. Ada yang nak bunuh diri jugak! Astaghfirullahalazim. Moga kita yang single dapat menjauhkan perkara yang tak diingini.

2. Shoes


Okay, cuba korang lihat gambar kasut tumit tinggi ni. Ada pasangankan? Samakan? Takkanlah tak sama kot, mestilah nampak tak perfect nanti kalau pasangan lain-lain wajah. Kalau nak nampak perfect, mestilah sama dan mesti ada pasangan. Kalau ada sebelah aja kasut yang elok tapi sebelah lagi rosak, memang buang teruslah dalam tong sampah. Tapi biasalah, kita boleh memperbaikinya semula dengan citarasa sendiri.

3. Husband and wife


Yang ni memang pasangan bahagia kerana mereka mempunyai ikatan yang sah dan tak akan ada sesiapa yang boleh memisahkan mereka melainkan maut atau diri mereka sendiri. Cuba tengok gambar tu, comelkan? Baby tu cute.

Okaylah, itu saja yang saya nak cakap. Nanti saya akan kongsi banyak lagi info tentang cinta di lain masa...

1 comment:

kim heeruul said...

gua harap status couple gua berubah menjadi married ..amin..^^